kaya

Friday, 29 November 2013

NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman:, "Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "

Sunday, 17 November 2013

GUNUNG MENANGIS TAKUT TERGOLONG BATU API NERAKA


Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; "Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya Baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."

Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar Baginda s.a.w. selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.

Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"

Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Baginda s.a.w. itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah s.w.t. menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."

Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi Muhammad s.a.w., tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan Rasulullah s.a.w., maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus. Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Hendak apakah kamu terhadap unta itu ?"

Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia?" Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah s.w.t. menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."

Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.

Monday, 11 November 2013

Ringkasan Novel Love You Mr. Arrogant

Sedikit review dari saya tentang novel ini. Novel yang setebal 462 muka surat menceritakan perjalanan cerita cinta Zaara Amirah yang bertemu melalui sebuah insiden yang tidak disengajakan. Kerana satu kemalangan kecil Ilham yang meminta ganti rugi sebanyak 5 ribu dalam masa sebulan. Kerana terlalu panik Zaara bersetuju tanpa memikirkan apa yang akan berlaku dimasa akan datang. Ini membuat hidup Zaara menjadi huru hara. Zaara yang asyik memikirkan dimana hendak mencari duit sebanyak itu. Zaara tidak menyangka tindakan memberi talifon kepada Ilham sebagai cagaran memburukkan keadaan. Zaara marah dengan Ilham dengan tindakan Ilham mempergunakannya. Dengan kelembutan yang dimiliki oleh Zaara menarik perhatian Tan Sri Zahir. Tan Sri Zahir menyuruh Ilham kahwin dengan Zaara Jika tidak Ilham Holding akan jatuh ditangan Hardy sepupunya. Tan Sri Zahir yakin Ilham akan memilih Zaara sebagai calon isteri kerana dia tahu sifat anaknya tidak akan memilih Sherry . Sherry hidup yang lebih moden dan bergaya , Sherry juga calon menantu pilihan Puan sri Maryam mama Ilham. Demi melepaskan diri dari Sherry, Ilham  memaksa Zaara menerima lamarannya. Sikap Ilham yang Arrogant membuat Zaara akur dlaam terpaksa.

Keputusan Ilham membuatkan Puan sri Maryam marah kerana Ilham tidak memilih Sherry malah menerima budak kampung yang tidak dikenali sebagai calon isteri. Perkahwinan yang tidak ada secalit cinta dan bermulalah lakonan didepan orang tua mereka bahawa mereka adalah pasangan bahagia. Kehadiran Hadry sepupu Ilham mendatangkan rasa cemburu pada Ilham. Hadry yang meminati Zaara dipandang sepi oleh Zaara. Faizal rakan kerja Zaara yang meminati Zaara sejak dulu lagi kecawa bila mengetahui Zaara memilih orang lain sebagai suaminya. Satu pertelingkahan kecil Faizal dan Zaara membuatkan Zaara jatuh. Zaara terharu bila kesungguhan Ilham mengambil berat tentang dirinya. Puan sri Maryam tak pernah putus asa memujuk Ilham untuk berkahwin dengan Sherry. Kerana tak tahan dengan layanan mertuanya Zaara mengajak Ilham pindah. Dan dikesempatan itu juga Ilham dapat menjauhkan diri dari Sherry yang tak pernah putus asa walaupun Sherry tahu yang Ilham sudah berkahwin. Tanpa disedari Zaara mula jatuh cinta pada suaminya Ilham dan Zaara juga mengharapkan Ilham akan membalas cintanya.

Puan sri Maryam berpura-pura sakit dan memaksa Ilham terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Sherry. Dengan keizinan Zaara majlis yang gilang gemilang di majlis pernikahan Sherry dan Ilham. Dengan Bantuan Tan Sri Zahir , Ilham melarikan diri sebelum majlis bermula. Kerana terlalu marah, bila Ilham melarikan diri Sherry menolak Puan Sri Maryam hingga terjatuh dan Puan Sri Maryam stroke sebelah badan. Zaara menjaga mak mertuanya hingga sembuh . tetapi layanan Puan sri Maryan terhadap Zaara tetap dingin. Zaara berjanji pada mak mertuanya agar cepat sembuh dan Zaara akan pergi dari keluarga mertuanya dan meninggalkan Ilham. Semasa ulang tahun pertamanya, saat Ilham yakin tentang hatinya yang telah jatuh cinta pada isterinya. Zaara telah pergi meninggalkan dirinya. Ilham yang gagal mencari isterinya, bingung dan dirinya turut tidak terurus. Hadry yakin Ilham telah jatuh cinta pada Zaara kerana sikap Ilham kian berubah. Ilham kini sudah menjadi Ilham yang dulu. Ilham berubah menjadi Arrogant kerana ditinggalkan oleh teman wanitanya semasa menuntut di universiti. Kehilangan Safiya yang sudah beralih kasih membuat Ilham menjadi seorang lelaki yang tiada berperasaan , berlagak dan mudah melenting. 



Sinopsis dari kulit novel 



Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.





"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham





Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 





"Apa? Atas lantai ni?"





"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."





"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!" 





Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. 





Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri. 





"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah 





Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...



Ringkasan novel Playboy itu suami aku

Sedikit review dari saya tentang novel ini. Afina yang baru habis pengajiannya selalu membantu rakannya Syaf dikedai bunga. Disitulah titik pertemuan Afina dan Adrian A.K.A 'King of crocodile. Afina yang mempunyai adik kembar Fisya , yang tidak pernah menganggapnya kakak. Fisya juga diantara nama yang tersenarai girlfriend kepada Adrian. Dari satu pertemuan ke satu pertemuan seolah Afina tidak boleh lari, hidupnya menjadi huru-hara. Pertemuan dengan Puan Sri mummy Adrian merubah kehidupan Afina bila Puan Sri melamar menjadi menantunya. Afina disahkan Amnesia ( hilang ingatan sementara ) kerana hentakan yang kuat semasa terlibat dalam kemalangan . Afina tidak boleh mengingati apa-apa , apatah lagi Adrian sebagai suaminya. Untuk memulihkan ingatan Afina , Mummy Adrian tidak pernah berputus asa , Mengubah Afina yang baru dan berkerja menjadi PA Adrian. Jawatan itu disandang sebelum Afina kemalangan lagi ini bertujuan untuk memantau aktiviti Adrian. Banyak perkara yang berlaku antara Afina dan Adrian. Bertengang urat adalah aktiviti hariannya. Suatu hari Adrian membawa Afina ke mesyuarat dan sesuatu yang tak diingini berlaku. 

Adrian membawa Afina ke pantai . Kata Adrian , Afina sukakan pantai dan pantai juga adalah rumah keduanya, dipantai juga tempat Afina meluahkan perasaannya. Adrian cuba meluahkan perasaan hatinya pada Afina entah bagaimana, semasa berlari dipantai Afina terhantuk yang membuatkan ingatannya pulih . Mencari jawapan bagaimana Afina boleh berkahwin dengan lelaki buaya itu semuanya terjawab, Afina mula jatuh cinta pada Adrian kerana satu peristiwa dimana Afina melihat Adrian bermain dengan kanak-kanak dirumah asuhan anak-anak yatim dibawah naungannya. Afina yang menganggap Adrian King of crocodile. Hanya pandai melukakan perasaan perempuan sahaja, rupa-rupanya jiwa penyayang. Lantaran itu Afina menerima pinangan mummy Adrian ketika itu . Sebelum mereka meluahkan perasaan masing-masing, Adrian menceritakan segalanya tentang dirinya. Adrian pernah jatuh cinta dan patah hati bila hatinya dipermainkan oleh perempuan bernama Sarah . Selepas peristiwa itu Adrian tidak lagi percaya pada cinta . Hingga Afina hadir dalam hidupnya. Adrian merasa marah bila Afina nekad untuk berpisah sebelum kemalangan berlaku. Dengan berlakunya kemalangan itu Adrian merasa amat bersalah. Dalam mereka cuba melayari kebahagiaan hidup rumahtangga . Afina didatangi seorang peminat ditempat kerja . Keadaan itu tidak disenangi oleh Afina sendiri dan meminta izin untuk berhenti kerja . Afina lebih sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa. 

Disangkakan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Fisya kembali ke tanah air. Fisya mengambil keputusan untuk keluar negara selepas perkahwinan Afina dan Adrian dahulu. DiSangkakan Fisya sudah berubah rupa-rupanya tidak. Fisya yang menduga Afina akan merana bila berkahwin dengan Adrian. Tetapi sangkaannya meleset belaka. Ternyata Afina  dan Adrian sememangnya bahagia. Ini membuatkan Fisya tak puas hati dan marah. Fisya mengugut Afina agar meninggalkan Adrian jika tidak Adrian akan dibunuh. Kerana terlalu sayangkan Adrian , Afina membawa diri ke Korea . Tetapi Afina tewas dengan rindunya yang mendalam pada suaminya . Dengan bantuan Syaf Adrian datang memujuk kerana ajal itu bukan ditangan Fisya tetapi Allah yang menentukan segalanya.





Sinopsis dari kulit novel.

Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”
Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Playboy itu suami aku?! Biar betul!”


Cerita ringkas Novel jodoh itu milik kita

 
Muncul lagi sebuah drama adaptasi . Jodoh Itu Milik Kita akan di siarkan di kangkaian Astro. Drama yang dinantikan dengan barisan pelakon yang hebat gandingan Farid kamil dan Tiz Zakiah . Novel ni ada kekuatannya tersendiri . Sentuhan pertama Sara Aisha setebal 766 muka surat ini menyentuh pelbagai suka duka  kehidupan dunia. 

Jom sedikit review dari saya. Perjalanan cerita bermula Dahlia terpaksa menerima Aaris abang Syafiq sebagai suami selepas tunangnya melarikan diri di hari pernikahannya. Demi menutup malu kedua belah pihak Dahlia dan Aaris dinikahkan pada hari yang sama. Kehidupan mereka bermula dengan garisan persahabatan walaupun hakikatnyanya mereka adalah suami isteri yang sah. Tanpa disedari mereka sudah biasa dengan kehidupan berdua dan mereka boleh bergurau , berbual dan melakukan aktiviti bersama-sama. Sedang mereka cuba menerima kehadiran masing-masing Syafiq datang menuntut janji. 

Syafiq yang sentiasa cemburukan abangnya dari kecil lagi tidak pernah berputus asa untuk merampas Dahlia dari tangan abangnya. Rahsia abangnya menjadi pertaruhan agar Dahlia meninggalkan Aaris. Atas Desakan Syafiq yang enggan memberitahu Dahlia siapa Aariz sebenar, Ibu mertuanya memulakan cerita siapa Aariz sebenar. Sepanjang malam Aariz dihantui kisah silamnya hingga Dahlia berperangsaka buruk dan menyangka Aariz mempunyai perempuan lain. Aariz melarikan diri bila menyedari Dahlia mengetahui siapa sebenarnya. Dahlia kecewa dengan tindakan Aariz meninggalkan dirinya begitu sahaja. Dahlia mengambil keputusan untuk pulang kekampung seorang diri. Perasaan rindu yang tidak dapat dikawal Aariz mengikut jejak langkah Dahlia untuk memujuk Dahlia. Dahlia yang lebih terbuka menerima Aariz seadanya membuatkan Aariz merasa lapang dada. 

Syafiq yang tak putus - putus memasang rancangan buruk untuk mendapatkan Dahlia dari tangan abangnya. Menyakitkan hati Aariz memang tujuan utama Syafiq hingga cubaan merogol kakak iparnya sendiri . untuk cerita selanjutnya kita tunggu dalam episod drama nanti . Apakah hukuman setelah syafiq lakukan kita tunggu sama- sama dalam episod drama. 






Sinopsis dari kulit novel


Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”





SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.





“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia





“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial





“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq





Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?