kaya

Monday, 11 November 2013

Ringkasan Novel Love You Mr. Arrogant

Sedikit review dari saya tentang novel ini. Novel yang setebal 462 muka surat menceritakan perjalanan cerita cinta Zaara Amirah yang bertemu melalui sebuah insiden yang tidak disengajakan. Kerana satu kemalangan kecil Ilham yang meminta ganti rugi sebanyak 5 ribu dalam masa sebulan. Kerana terlalu panik Zaara bersetuju tanpa memikirkan apa yang akan berlaku dimasa akan datang. Ini membuat hidup Zaara menjadi huru hara. Zaara yang asyik memikirkan dimana hendak mencari duit sebanyak itu. Zaara tidak menyangka tindakan memberi talifon kepada Ilham sebagai cagaran memburukkan keadaan. Zaara marah dengan Ilham dengan tindakan Ilham mempergunakannya. Dengan kelembutan yang dimiliki oleh Zaara menarik perhatian Tan Sri Zahir. Tan Sri Zahir menyuruh Ilham kahwin dengan Zaara Jika tidak Ilham Holding akan jatuh ditangan Hardy sepupunya. Tan Sri Zahir yakin Ilham akan memilih Zaara sebagai calon isteri kerana dia tahu sifat anaknya tidak akan memilih Sherry . Sherry hidup yang lebih moden dan bergaya , Sherry juga calon menantu pilihan Puan sri Maryam mama Ilham. Demi melepaskan diri dari Sherry, Ilham  memaksa Zaara menerima lamarannya. Sikap Ilham yang Arrogant membuat Zaara akur dlaam terpaksa.

Keputusan Ilham membuatkan Puan sri Maryam marah kerana Ilham tidak memilih Sherry malah menerima budak kampung yang tidak dikenali sebagai calon isteri. Perkahwinan yang tidak ada secalit cinta dan bermulalah lakonan didepan orang tua mereka bahawa mereka adalah pasangan bahagia. Kehadiran Hadry sepupu Ilham mendatangkan rasa cemburu pada Ilham. Hadry yang meminati Zaara dipandang sepi oleh Zaara. Faizal rakan kerja Zaara yang meminati Zaara sejak dulu lagi kecawa bila mengetahui Zaara memilih orang lain sebagai suaminya. Satu pertelingkahan kecil Faizal dan Zaara membuatkan Zaara jatuh. Zaara terharu bila kesungguhan Ilham mengambil berat tentang dirinya. Puan sri Maryam tak pernah putus asa memujuk Ilham untuk berkahwin dengan Sherry. Kerana tak tahan dengan layanan mertuanya Zaara mengajak Ilham pindah. Dan dikesempatan itu juga Ilham dapat menjauhkan diri dari Sherry yang tak pernah putus asa walaupun Sherry tahu yang Ilham sudah berkahwin. Tanpa disedari Zaara mula jatuh cinta pada suaminya Ilham dan Zaara juga mengharapkan Ilham akan membalas cintanya.

Puan sri Maryam berpura-pura sakit dan memaksa Ilham terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Sherry. Dengan keizinan Zaara majlis yang gilang gemilang di majlis pernikahan Sherry dan Ilham. Dengan Bantuan Tan Sri Zahir , Ilham melarikan diri sebelum majlis bermula. Kerana terlalu marah, bila Ilham melarikan diri Sherry menolak Puan Sri Maryam hingga terjatuh dan Puan Sri Maryam stroke sebelah badan. Zaara menjaga mak mertuanya hingga sembuh . tetapi layanan Puan sri Maryan terhadap Zaara tetap dingin. Zaara berjanji pada mak mertuanya agar cepat sembuh dan Zaara akan pergi dari keluarga mertuanya dan meninggalkan Ilham. Semasa ulang tahun pertamanya, saat Ilham yakin tentang hatinya yang telah jatuh cinta pada isterinya. Zaara telah pergi meninggalkan dirinya. Ilham yang gagal mencari isterinya, bingung dan dirinya turut tidak terurus. Hadry yakin Ilham telah jatuh cinta pada Zaara kerana sikap Ilham kian berubah. Ilham kini sudah menjadi Ilham yang dulu. Ilham berubah menjadi Arrogant kerana ditinggalkan oleh teman wanitanya semasa menuntut di universiti. Kehilangan Safiya yang sudah beralih kasih membuat Ilham menjadi seorang lelaki yang tiada berperasaan , berlagak dan mudah melenting. 



Sinopsis dari kulit novel 



Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.





"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham





Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 





"Apa? Atas lantai ni?"





"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."





"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!" 





Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. 





Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri. 





"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah 





Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...



No comments:

Post a Comment