kaya

Monday, 11 November 2013

Cerita ringkas Novel jodoh itu milik kita

 
Muncul lagi sebuah drama adaptasi . Jodoh Itu Milik Kita akan di siarkan di kangkaian Astro. Drama yang dinantikan dengan barisan pelakon yang hebat gandingan Farid kamil dan Tiz Zakiah . Novel ni ada kekuatannya tersendiri . Sentuhan pertama Sara Aisha setebal 766 muka surat ini menyentuh pelbagai suka duka  kehidupan dunia. 

Jom sedikit review dari saya. Perjalanan cerita bermula Dahlia terpaksa menerima Aaris abang Syafiq sebagai suami selepas tunangnya melarikan diri di hari pernikahannya. Demi menutup malu kedua belah pihak Dahlia dan Aaris dinikahkan pada hari yang sama. Kehidupan mereka bermula dengan garisan persahabatan walaupun hakikatnyanya mereka adalah suami isteri yang sah. Tanpa disedari mereka sudah biasa dengan kehidupan berdua dan mereka boleh bergurau , berbual dan melakukan aktiviti bersama-sama. Sedang mereka cuba menerima kehadiran masing-masing Syafiq datang menuntut janji. 

Syafiq yang sentiasa cemburukan abangnya dari kecil lagi tidak pernah berputus asa untuk merampas Dahlia dari tangan abangnya. Rahsia abangnya menjadi pertaruhan agar Dahlia meninggalkan Aaris. Atas Desakan Syafiq yang enggan memberitahu Dahlia siapa Aariz sebenar, Ibu mertuanya memulakan cerita siapa Aariz sebenar. Sepanjang malam Aariz dihantui kisah silamnya hingga Dahlia berperangsaka buruk dan menyangka Aariz mempunyai perempuan lain. Aariz melarikan diri bila menyedari Dahlia mengetahui siapa sebenarnya. Dahlia kecewa dengan tindakan Aariz meninggalkan dirinya begitu sahaja. Dahlia mengambil keputusan untuk pulang kekampung seorang diri. Perasaan rindu yang tidak dapat dikawal Aariz mengikut jejak langkah Dahlia untuk memujuk Dahlia. Dahlia yang lebih terbuka menerima Aariz seadanya membuatkan Aariz merasa lapang dada. 

Syafiq yang tak putus - putus memasang rancangan buruk untuk mendapatkan Dahlia dari tangan abangnya. Menyakitkan hati Aariz memang tujuan utama Syafiq hingga cubaan merogol kakak iparnya sendiri . untuk cerita selanjutnya kita tunggu dalam episod drama nanti . Apakah hukuman setelah syafiq lakukan kita tunggu sama- sama dalam episod drama. 






Sinopsis dari kulit novel


Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”





SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.





“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia





“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial





“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq





Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?

No comments:

Post a Comment