Sedikit review dari saya tentang
novel ini. Afina yang baru habis pengajiannya selalu membantu rakannya
Syaf dikedai bunga.
Disitulah titik pertemuan Afina dan Adrian A.K.A 'King of crocodile. Afina yang
mempunyai adik kembar Fisya , yang tidak pernah menganggapnya kakak. Fisya juga
diantara nama yang tersenarai girlfriend kepada Adrian. Dari satu pertemuan ke
satu pertemuan seolah Afina tidak boleh lari, hidupnya menjadi huru-hara.
Pertemuan dengan Puan Sri mummy Adrian merubah kehidupan Afina bila Puan Sri
melamar menjadi menantunya. Afina disahkan Amnesia ( hilang ingatan sementara )
kerana hentakan yang kuat semasa terlibat dalam kemalangan . Afina tidak boleh
mengingati apa-apa , apatah lagi Adrian sebagai suaminya. Untuk memulihkan
ingatan Afina , Mummy Adrian tidak pernah berputus asa , Mengubah Afina yang
baru dan berkerja menjadi PA Adrian. Jawatan itu disandang sebelum Afina
kemalangan lagi ini bertujuan untuk memantau aktiviti Adrian. Banyak perkara
yang berlaku antara Afina dan Adrian. Bertengang urat adalah aktiviti hariannya.
Suatu hari Adrian membawa Afina ke mesyuarat dan sesuatu yang tak diingini
berlaku.
Adrian membawa Afina ke pantai . Kata Adrian , Afina sukakan pantai dan pantai juga adalah rumah keduanya, dipantai juga tempat Afina meluahkan perasaannya. Adrian cuba meluahkan perasaan hatinya pada Afina entah bagaimana, semasa berlari dipantai Afina terhantuk yang membuatkan ingatannya pulih . Mencari jawapan bagaimana Afina boleh berkahwin dengan lelaki buaya itu semuanya terjawab, Afina mula jatuh cinta pada Adrian kerana satu peristiwa dimana Afina melihat Adrian bermain dengan kanak-kanak dirumah asuhan anak-anak yatim dibawah naungannya. Afina yang menganggap Adrian King of crocodile. Hanya pandai melukakan perasaan perempuan sahaja, rupa-rupanya jiwa penyayang. Lantaran itu Afina menerima pinangan mummy Adrian ketika itu . Sebelum mereka meluahkan perasaan masing-masing, Adrian menceritakan segalanya tentang dirinya. Adrian pernah jatuh cinta dan patah hati bila hatinya dipermainkan oleh perempuan bernama Sarah . Selepas peristiwa itu Adrian tidak lagi percaya pada cinta . Hingga Afina hadir dalam hidupnya. Adrian merasa marah bila Afina nekad untuk berpisah sebelum kemalangan berlaku. Dengan berlakunya kemalangan itu Adrian merasa amat bersalah. Dalam mereka cuba melayari kebahagiaan hidup rumahtangga . Afina didatangi seorang peminat ditempat kerja . Keadaan itu tidak disenangi oleh Afina sendiri dan meminta izin untuk berhenti kerja . Afina lebih sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa.
Disangkakan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Fisya kembali ke tanah air. Fisya mengambil keputusan untuk keluar negara selepas perkahwinan Afina dan Adrian dahulu. DiSangkakan Fisya sudah berubah rupa-rupanya tidak. Fisya yang menduga Afina akan merana bila berkahwin dengan Adrian. Tetapi sangkaannya meleset belaka. Ternyata Afina dan Adrian sememangnya bahagia. Ini membuatkan Fisya tak puas hati dan marah. Fisya mengugut Afina agar meninggalkan Adrian jika tidak Adrian akan dibunuh. Kerana terlalu sayangkan Adrian , Afina membawa diri ke Korea . Tetapi Afina tewas dengan rindunya yang mendalam pada suaminya . Dengan bantuan Syaf Adrian datang memujuk kerana ajal itu bukan ditangan Fisya tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Sinopsis dari kulit
novel.
Kurang asam betul! Dahlah simbah
aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu
aje”
Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.
Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.
Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.
Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.
Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.
Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?
“Playboy itu suami aku?! Biar betul!”

No comments:
Post a Comment